Sparklee.com - http://www.sparklee.com

B.A.O.S.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam perkenalan buat semua pengunjung dan pembeli Bintu Abi Online Shoppe. Semoga sentiasa sihat dan dibawah lembayung rahmat-NYA.

Bintu Abi Online Shoppe adalah sebuah perniagaan internet di bawah naungan Bintu Abi Enterprise. Bintu Abi Enterprise telah berdaftar di bawah SSM dengan no pendaftaran SA0178493-P pada 25 Januari 2011. Jenis perniagaan yang dijalankan oleh Bintu Abi Enterprise ialah perniagaan pakaian, makanan dan minuman. Bintu Abi Enterprise telah mula beroperasi secara dalam talian sejak Nov 2010 sehingga kini. Inshaallah dalam beberapa tahun lagi Bintu Abi Enterprise akan membuka premis sendiri dan mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara.

Bintu Abi Enterprise menjalankan perniagaan dengan berpegang pada firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Orang-orang yg makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdiri orang yg kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yg demikian itu adalah disebabkan mereka berkata sesungguhnya jual beli itu sama dgn riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yg telah sampai kepadanya larangan dari Rabb itu lalu mereka terus berhenti, maka bagi mereka apa yg telah di ambil dulu adalah menjadi haknya, dan urusan itu terserahlah kepada Allah. Orang yg mengulangi lagi (riba), maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah: 275)

Firman Allah juga di dalam Surah An-Nisa' yg bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yg batil kecuali dengan jalan perniagaan yg berlaku secara suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(Suran An-Nisa': 29)


Bintu Abi Enterprise juga menjadikan Saidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai role model muslimah yang terlibat di dalam bidang perniagaan secara serius. Beliau bukan sahaja bijak dalam perniagaan, malah menjadi antara penyumbang terbesar untuk perjuangan Islam hasil daripada keuntungan perniagaannya.

Oleh itu, Bintu Abi Enterprise telah menanam misi untuk berjaya di dalam bidang perniagaan terutama yg berkaitan dengan produk-produk Islam dan juga menjadi antara penyumbang kepada badan-badan Islam yg memerlukan.

Justeru, setiap produk yang dijual di Bintu Abi Online Shoppe akan dipastikan memenuhi syariat Islam, begitu juga dengan proses muamalah/ jual beli dengan pembekal dan juga pelanggan. Selain itu, sebahagian kecil daripada keuntungan bulanan Bintu Abi Enterprise juga akan disalurkan kepada badan-badan Islam yang sah.

Semoga dengan misi ini, Bintu Abi Enterprise lebih bermotivasi untuk meneruskan usaha di dalam bidang perniagaan walaupun terdapat banyak mehnah dan tribulasi, cabaran dan dugaan yang datang menjengah. Semoga Allah merahmati.


Selamat membeli sambil menderma untuk Islam.


Bintu Abi Enterprise (SA0178493-P)
E mel: bintuabi.2010@gmail.com
Web: bintuabi.portalniaga.com
FB: Bintu Abi Online Shoppe
SMS: 0132495008 / 0192427890